Malaysia Book Of Record : Jom Silat Cekak Hanafi 10.10.10
Isnin, Februari 28, 2011
Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila dua rekod telah dicatatkan pada 10.10.10 bertempat di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.Program persilatan yang terbesar itu telah mencatatkan rekod “ Largest Silat Performance “ yang mengumpulkan seramai 7356 persilat manakala satu lagi rekod “Largest All women Silat Performance “ yang melibatkan 2,973 persilat wanita.
TAHNIAH!
Selasa, Oktober 26, 2010
Assalammualaikum w.b.t
Setinggi tahniah buat semua ahli yang terlibat sewaktu acara kemuncak Cabaran 1 Dalam 10,000 tempoh hari. Kejayaan tersebut tidak akan berjaya dikecapi tanpa komitmen dan semangat jitu dari semua ahli yang hadir. Tuan-tuan telah berjaya turut serta dalam usaha untuk memartabatkan nama Silat Cekak Hanafi di tempat yang tinggi!
Selayaknya ucapan tahniah dan setinggi tinggi terima kasih ditujukan khas buat Pewaris Mutlak Silat Cekak Ustaz Hanafi, YM Tuan Sheikh Hj Md Radzi Hj Hanafi Al Qadhi berserta seluruh ahli keluarga Almarhum Ustaz Hanafi atas segala pengorbanan dan usaha dalam memartabatkan silat ini. Tanpa YM Tuan Sheikh dan ahli keluarga tidak mungkin akan ada sejarah yang sebegini besar terukir di bumi Malaysia dan tidak mungkin ada kita semua di dalamnya. 
Satukan suara, Satukan hati, menuju kemuncak 2015 yang bakal tiba!
HIDUP CEKAK HANAFI!
Share
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2010
Rabu, September 08, 2010
Share
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir & Batin, Semoga dipermudahkan dan selamat semasa musim perayaaan, Daripada YM Tuan Syeikh Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi & seluruh warga Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
PROGRAM CABARAN 1 DALAM 10,000 SILAT CEKAK HANAFI

Share
PROGRAM CABARAN 1 DALAM 10,000 SILAT CEKAK HANAFI
Etika Pakaian Persembahan Silat pada 10.10.10 Kuala Lumpur.
i) Uniform Silat
Lelaki (Tengkolok)
Wanita (Tudung Biru Gelap)
ii) Tidak Beruniform
T-Shirt Latihan (Lelaki & Wanita)
Seluar (Track Bottom Biru)
Tudung Wanita (Putih)
[ MAKLUMAN ]
Berikut adalah makluman latihan mingguan dan pekeliling latihan persembahan silat Cabaran 1 Dalam 10,000:
1) Setiap hari Sabtu adalah hari rasmi Latihan bersama Cabaran 1 Dalam 10,000 di Ibu Pejabat & setiap cawangan.
2) Setiap kelas/pusat latihan/IPT/Sekolah perlu memperuntukkan masa 15 minit pada setiap kali kelas latihan silat untuk latihan Gerak Formasi C1D10K.
3) Setiap kelas perlu mengemukakan gambar dan laporan ringkas latihan (info latihan, bil. penyertaan, tarikh, masa, dll)
kepada Unit Persembahan, Jabatan Perhubungan & Seranta melalui email ke cekakhanafi21@yahoo.com dan azhanramiz@gmail.com.
4) Satu Latihan Perdana C1D10K di setiap cawangan akan diadakan pada 02hb Oktober 2010. Tempat & masa akan dimaklumkan kemudian.
Berikut adalah makluman latihan mingguan Cabaran 1 Dalam 10,000 di Lembah Kelang:
Tarikh Tempat Masa
28 Ogos 2010 Rumah Persatuan, Taman Melawati 10.00 malam
04 Sept 2010 Rumah Persatuan, Taman Melawati 10.00 malam
18 Sept 2010 Rumah Persatuan, Taman Melawati 10.00 malam
Makluman Latihan Perdana Cabaran 1 Dalam 10,000 di Lembah Kelang:
Tarikh Tempat Masa
25 Sept2010 Padang Bolasepak, Taman Melawati 08.30 pagi
02 Oct 2010 Padang Bolasepak, Taman Melawati 08.30 pagi
JOM SILAT!!!
Majlis Pelancaran JOM SILAT:CEKAK HANAFI UiTM
Jumaat, Januari 15, 2010
Share
Majlis Pelancaran JOM SILAT:CEKAK HANAFI peringkat UiTM
Majlis telah diadakan pada 14hb Jan 2010 bertempat di Dataran Cendekia UiTM Shah Alam. Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh YB Prof.Dato' Dr.Hj. Nasuddin b. Othman Timb.Naib Canselor UiTM, majlis ini juga turut dihadiri oleh Tn.Hj Yusaini B. Sidek selaku Naib Presiden PSSCUHM, Tn. Tarmizi B. Ab. Raman selaku Penasihat Persatuan dan En. Shahrul Nizam B. Jantan selaku wakil dari MMk.
Pada majlis ini seramai 23 orang ahli Silat Cekak Hanafi UiTM Shah Alam telah membuat persembahan dihadapan para tetamu jemputan dan warga UiTM khususnya.

Diambil dari album majlis di laman Facebook Cekak Hanafi UiTM Shah Alam
http://www.facebook.com/album.php?aid=13448&id=100000173894716
Share





